PENDEDAHAN EKSKLUSIF ( 18 xx ) :
“Pertukaran Jantina, Kahwin Sejenis ( Lesbian Gay Bisex Trangander )Tetap Haram DAN Kahwin KHUNSA di bolehkan” Menteri di Jabatan Perdana Menteri....
Menurut Pakar Kesihatan pula, untuk pengesahan jantina seseorang itu adalah melalui ujian darah atau dikenali sebagai" TEST HORMON "...
kitab
fatawa yang bertajuk "Buhus wa Fatawa Islamiah fi Qadaya Mu'asarah"
karangan Dr Jadul Haq Ali Jadul Haq,
HUKUM PENIKAHAN KHUNSA
" Sebelum mereka dibenarkan berkahwin, jantina mereka hendaklah ditentukan
terlebih berdasarkan fitrah (semulajadi) mereka yg hakiki. Pakar
genetik dan perubatan hendaklah mengesahkan status mereka samada lelaki
atau perempuan. Jika sudah pasti mereka dibenarkan menjalani rawatan
hormon dan pembedahan jantina. Selepas alat kelamin itu berfungsi dengan
baik, maka mereka boleh melansungkan perkahwinan seperti biasa."
KUALA
LUMPUR: Tiada peruntukan undang-undang atau mana-mana agama di Malaysia
yang membenarkan hubungan dan perkahwinan sejenis atau seks bebas, kata
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Dalam
mengekang perlakuan sedemi-kian katanya, beberapa perundangan di-gubal
termasuk Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1997 yang mengandungi peruntukan Seksyen 21 (kesalahan pelacuran) dan
Seksyen 22 (kesalahan muncikari ‘ibu ayam’ atau ‘bapa ayam’).
Seksyen
25 (kesalahan liwat), Seksyen 26 (kesalahan musahaqah atau perhubu-ngan
sejenis sesama perempuan), Seksyen 28 (lelaki berlagak perempuan) dan
Sek-syen 29 (perbuatan tidak sopan di tempat awam) juga terdapat dalam
akta berkenaan, katanya semasa menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria
(BN-Parit) pada Persida-ngan Dewan Rakyat semalam.
Mohd Nizar
bertanya mengenai lang-kah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam
menangani masalah homoseksual dan lesbian di kalangan umat Islam di
negara ini. — Bernama
LAWS OF MALAYSIA
AKTA 559 AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
Tarikh Persetujuan Diraja :
27 Mac 1997
Tarikh diterbitkan dalam Warta :
31 Mac 1997
Tarikh mula berkuatkuasa :
1 April 1997 [P.U. (B) 103/1997]
BAHAGIAN IV - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUSILAAN
Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
1) Mana-mana orang perempuan yang melacurkan
dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(2) Mana-mana orang yang-
(a) melacurkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya; atau (b) menyebabkan atau membenarkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya melacurkan diri,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak
melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman
itu.
Mana-mana orang yang bertindak sebagai
muncikari adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu
(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan
persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang
lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak
melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana hukuman itu.
(3) Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada
persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya adalah keterangan prima facie tentang pelakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh orang perempuan itu.
(4) Bagi maksud subseksyen (3), mana-mana orang perempuan yang
melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada
enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.
Mana-mana orang yang melakukan apa-apa
perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau
(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,
di mana-mana tempat yang terselindung atau
di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak
bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian
perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas
tujuan tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang bertindak atau
berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan Hukum Syarak di mana-mana
tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
BOLEHKAH seorang pondan dibenarkan menukar jantinanya. Apakah
peruntukan dalam undang-undang syariah yang membenarkan lelaki menukar
status kepada perempuan atau sebaliknya? Lenny Ahmad Shah
Kota Bharu, Kelantan
Tiada peruntukan dalam undang-undang syariah yang membenarkan lelaki menukar status kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya.
Ini kerana undang-undang syariah yang ada adalah berdasarkan hukum
syarak iaitu ketetapan dalam Islam yang bukan ditentukan manusia,
sebaliknya oleh Allah menerusi al-Quran serta hadis Nabi.
Disebabkan itu, mana-mana negara Islam sekalipun, undang-undangnya tidak ada pengiktirafan bagi golongan pondan.
Pengiktirafan dalam Islam hanya sebagaimana termaktub bahawa Allah
SWT hanya mencipta dua golongan manusia iaitu lelaki dan perempuan dan
tidak wujud istilah pondan.
Menyentuh mengenai isu lelaki yang ingin menukar status kepada
perempuan, ia tidak dibolehkan serta tidak diluluskan syariah kerana
hukum berkenaan sudah jelas dan tiada sebarang kekurangan pada
undang-undang.
Undang-undang syarak adalah lengkap, jadi sesiapa pun memang tidak
boleh mengubah undang-undang Allah ini. Jika melanggarnya, bermakna kita
cuba mengubah sesuatu yang sempurna dan sudah di–tetapkan atau lebih
tepat, mengubah hukum Allah.
Penentuan status jantina itu hanya dibolehkan kepada golongan
‘khunsa’ iaitu individu yang dilahirkan dengan dua alat kelamin lelaki
dan wanita.
Namun, ia masih perlu disahkan oleh pakar perubatan menerusi
pemeriksaan secara lanjut mengenai hormon dalam diri individu terbabit
bagi mengenal pasti ia lebih kepada lelaki mahupun perempuan.
Jika pemeriksaan perubatan membuktikan diri seseorang itu sebenarnya
lebih cenderung kepada hormon wanita serta dengan fungsi anggota dalam
badannya lebih kepada anggota dalaman wanita, tidak ada sebab pula
penukaran status itu tidak diluluskan.
Yang utama adalah, bukti itu bukan berdasarkan kenyataan lisan,
sebaliknya dengan bukti bertulis hasil pemeriksaan lanjut pakar
perubatan dan hanya dengan itu satu keputusan lain boleh dicapai.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/10
- See more at: http://www.hmetro.com.my/articles/KanunSyariah_Khunsabolehtukarjantina//Article#sthash.JQTU34W0.dpuf
“Pertukaran Jantina, Kahwin Sejenis ( Lesbian Gay Bisex Trangander )Tetap Haram DAN Kahwin KHUNSA di bolehkan” Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Pertukaran
jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui
pembedahan, serta perkahwinan sejenis adalah haram di segi syarak, jelas
Dato’ Dr. Abdullah Md. Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau
berkata, “ bagi umat Islam di Malaysia, fatwa mengenai pertukaran
jantina ini telah pun dibuat oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi
Hal Ehwal Ugama Islam sejak tahun 1982.”
Keputusan
Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke-4
yang bersidang pada 13 hingga 14 April 1982 telah memutuskan bahawa :
i.Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram di segi syarak.
ii.Seseorang yang dilahirkan lelaki, hukumnya tetap lelaki walaupun ia berjaya ditukar jantinanya melalui pembedahan.
iii.Seseorang yang dilahirkan perempuan, hukumnya tetap perempuan walaupun ia berjaya ditukarkan jantinanya melalui pembedahan.
iv.Seseorang
yang dilahirkan “khunsa musykil” iaitu manusia yang dilahirkan
mempunyai dua alat kemaluan lelaki dan perempuan, diharuskan pembedahan
bagi mengekalkan salah satu alat jantina yang benar-benar berfungsi
dapat digunakan mengikut keadaan yang sesuai.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita semasa sidang akhbarnya berkaitan isu
pertukaran jantina dan kahwin sejenis yang diadakan di Dewan Syura,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 23 November 2005 di sini.
Isu
mengenai pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan ini telah
mendapat perhatian semua pihak hasil daripada pendedahan media terhadap
perkahwinan satu pasangan iaitu Jessie dan Chua pada 14 November 2005.
Pelbagai pihak telah menyuarakan pendapat masing-masing yang mahukan supaya tindakan tegas diambil terhadap mereka yang cuba menggalakkan perkahwinan sejenis dan pertukaran jantina.
YAB
Perdana Menteri sendiri telah menyatakan pendirian beliau yang dipetik
dalam akhbar hari ini bahawa kerajaan tidak mengiktiraf hak individu
yang menukar jantina termasuk untuk melangsungkan perkahwinan sejenis di
negara ini.
Khunsa musykil tidak disisih dalam Islam
Oleh : NORHAFIZAN ZULKIFLI Tarikh : November 7, 2011
Islam menerima golongan khunsa musykil (mempunyai dua jantina),
bagaimanapun menolak golongan yang mengamalkan gay dan lesbian yang
jelas sekali haram di sisi agama.
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata,
golongan khunsa musykil tidak meminta dilahirkan begitu kerana ia
merupakan kejadian ALLAH buat mereka.
Justeru, tidak ada halangan untuk mereka memilih jantina mana mereka
lebih cenderung selepas tempoh masa tertentu atau boleh dibuktikan
secara klinikal.
“Kita akan lihat yang mana lebih berfungsi, dan sekiranya mereka ingin
membuang salah satu jantina tersebut, ia adalah dibolehkan untuk tujuan
kemudahan.
“Apapun, mereka hendaklah mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, perkara ini amat serius, di mana pembahagian harta pusaka juga
diambil kira terhadap golongan, iaitu mengikut yang mana lebih dominan.
Menurutnya dalam mengatasi perkara ini, ibu bapa memainkan peranan
penting dalam menentukan jantina anak mereka yang mempunyai masalah
sebegini.
“Ibu bapa harus memberi penekanan kepada anak mereka. Sekiranya mereka
lebih cenderung kepada lelaki, maka lakukan mereka sebagai seorang
lelaki. Begitu juga sebaliknya,” katanya.
Namun begitu, Islam melarang sama sekali bagi golongan yang sememangnya
dilahirkan sebagai lelaki contohnya, mengubah kejadian tersebut dengan
melakukan pembedahan atau berpakaian seperti perempuan di samping
menjalinkan hubungan sejenis.
“ALLAH melarang kita mengubah kejadian-Nya seperti terdapat dalam
Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 119 menyebut, mereka yang mengubah
kejadian ALLAH samalah perbuatannya seperti syaitan. Malah bagi mereka
yang melakukan hubungan sejenis, ia sama sekali menyalahi fitrah manusia
juga makhluk ALLAH lain,” katanya.
Beliau berkata, orang yang mengubah jantina adalah mereka yang mempunyai iman lemah dan mudah dikawal nafsu dan syaitan.
“Dalam hadis Nabi SAW ada menyebut, orang yang beriman, tidak akan
minum arak dan berzina. Hadis ini merupakan contoh terdekat membuktikan
dengan adanya iman boleh menegah mereka dari melakukan perkara larangan
tersebut,” katanya.
Ketika ditanya mengenai penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011
yang dikatakan membincangkan hak asasi manusia untuk semua, termasuklah
golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Beliau berkata, ibu bapa sekali lagi harus memainkan peranan penting
dalam membentuk iman anak mereka. Ibu bapa juga harus menerapkan didikan
agama kepada anak mereka sejak kecil.
Secara
fitrah Allah Taala mencipta mahklukNya dalam keadaan berpasangan, iaitu
lelaki dan perempuan bagi kelompok manusia serta jantan dan betina bagi
kelompok haiwan sebagai langkah asas bagi proses pembiakan. Selain itu
terdapat species haiwan khunsa seperti siput, kerang
dan ikan kerapu yang memiliki dua jantina bagi proses pembiakan. Khunsa
juga wujud dikalangan manusia. Kewujudan makhluk-makhluk ini merupakan
tanda-tanda kebesaran dan juga keagungan Allah Taala.
Dari
segi fiqh Islam, Manusia khunsa ialah individu yang tidak diketahui
jantinanya sama ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki
zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya langsung
semenjak asal. Khunsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui). Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan. Manakala khunsa ghair musykil
pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar
dikatogarikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda
seperti kedatangan haid.
Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin. Jika khunsa ghair musykil
itu seorang lelaki, maka pasangannya mestilah perempuan. Jika dia itu
seorang perempuan, pasangannya ialah seorang lelaki. Malah harus juga
bagi individu terbabit (khunsa ghair musykil) untuk memotong atau
membuang salah satu alat kemaluannya yang tidak berfungsi sama ada untuk
bersetubuh ataupun untuk kencing (membuang air kecil).
Dari pembahagian harta pusaka, khunsa ghair musykil
akan mendapat bahagian haknya seperti mana kaum perempuan ataupun
lelaki. Namun bagi khunsa musykil, menurut al-Imam Abu Hanifah; dia
hanya mendapat bahagian yang lebih sedikit jika dibandingkan dengan
pihak lelaki dan juga perempuan. Menurut, al-Imam Malik, Abu Yusuf dan al-Syiah al-Imamiyah, seseorang khunsa musykil berhak mengambil hak pusaka secara pertengahan antara bahagian lelaki dan juga perempuan. (sila rujuk kitab Fiqh al-Sunnah, jld.3, hlm 485)
Selain lelaki, perempuan dan khunsa, ada juga golongan lain yang wujud dalam kalangan masyarakat manusia, iaitu mukhannas. Mukhannas
bermaksud: seseorang yang menonjol dirinya menyerupai wanita. Golongan
ini dilaknat oleh Rasulullah sebagai musuh Allah. Dalam bahasa Melayu mukhannas juga dikenali sebagai pondan atau Mak Nyah ialah lelaki yang bertindak menyerupai wanita. Perbezaan
antara khunsa dan mukhannas adalah amat ketara sekali. Khunsa memiliki
zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya langsung
semenjak asal. Sedangkan mukhannas hanya memiliki zakar sahaja semenjak
asal tetapi sikapnya menjadi lembut lebih daripada seorang wanita
disebabkan dorongan naluri dan tekanan jiwa yang dahsyat hinggakan ada
yang sanggup menjalani pembedahan plastic untuk memilik fajar dan payu
dara. Dengan kata lain, seorang mukhannas ataupun pondan itu sebenar adalah seorang pesakit jiwa.
Namun mengikut Kamus Dewan Bahasa yang disusun oleh Teuku Iskandar, pondan bermaksud lelaki sebagai wanita dan wanita sebagai lelaki. Manakala khunsa pula didefinisikan sebagai pondan.
Pasti sekali definisi khunsa sebagai pondan itu salah kerana kewujudan
khunsa ditentukan oleh Allah Taala. Sedangkan kewujudan mukhannas atau
pondan pula disebabkan penyakit tekanan jiwa yang dialami oleh seseorang
yang akalnya dikuasai oleh nafsu jahat. Malah definisi itu juga turut
mempengaruhi minda mereka yang gila menukar jantina untuk menganggap
diri mereka adalah khunsa yang telah ditakdirkan oleh Allah Taala.
Lantaran penyakit jiwa yang dialami, pondan sanggup berpakaian perempuan
dan menggoda kaum lelaki demi untuk memuaskan nafsu sex rambangnya sama
ada dengan cara mengulum dan menghisap zakar lelaki lain ataupun dengan
cara mengamalkan tabiat sex umat Nabi Luth a.s(homosexual) yang ahirnya
dimusnahkan oleh Allah Taala.
Mafhum firman Allah: Maka
setelah datang keputusan Kami, Kami jadikan bahagian yang di atasnya
jatuh ke bawah (dibalikkan permukaan bumi) dan Kami turunkan kepada
meeka hujan batu daripada tanah-tanah yang terbakar panas yang jatuh
berturut-turut. (Surah Hud, ayat 82).
Malah
ada dikalangan mereka yang gemar menjalani kehidupan seperti pelacur
semata-mata inginkan kepuasan sexual. Melalui aktiviti sundal ini,
pondan-pondan yang sudah rosak jiwa dan akal mereka akan berpeluang
mengumpul wang bagi tujuan merubah bentuk badan mereka. Ada yang sanggup
mendapatkan suntikan hormon untuk membesarkan payu dara dan tidak
kurang juga yang begitu gila untuk melalui pembedahan plastic untuk
memiliki faraj disamping memotong zakar mereka. Walau apa cara sekalipun
diusahakan, pondan tetap juga seorang lelaki!
Kewujudan
pondan di seluruh negara merupakan satu gejala buruk yang perlu
ditangani segera dan bukannya dibiarkan mereka berkeliaran sepertimana
yang didapati di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Ini kerana aktiviti sex
yang diamalkan pondan adalah salah satu penyebab menularnya bala
penyakit Hiv Aids dalam kehidupan masyarakat. Sebagai langkah mengatasi
masalah ini, pihak kerajaan disaran mengambil tindakan tegas dengan
menubuhan pusat pemulihan akhlak khusus bagi berusaha mengubati jiwa
serta akal golongan pondan yang rosak akibat dikuasai oleh nafsu jahat.
Adalah tidak adil jika kerajaan sanggup menghabiskan wang berjuta-juta
ringit bagi membiayai Pusat Serenti khusus untuk penagih-penagih dadah
tetapi dalam masa yang sama kerajaan juga sanggup membiarkan golongan
pondan ini hanyut dalam kehidupan dosa yang sentiasa mengundang bala dan
kemurkaan Allah Taala.