PERKAHWINAN SONSANG




GOLONGAN GAY


1. Perkahwinan AFLIN ALFIAN ROSLI VS JONATHAN




Ariff Alfian Rosli adalah pelajar tajaan Petronas, Malaysia di University College Dublin (UCD), Dublin, Ireland yang mengambil jurusan perubatan. Ariff Alfian terputus hubungan dengan keluarganya sejak 2009. Bapanya, Rosli Haron, menerusi akhbar Utusan Malaysia pada 13 Disember 2011 melaporkan anaknya itu hilang dan bimbangkan akidahnya.

Muncul seorang wanita di Twitter, Aysha Ridzuan, mendakwa bahawa Ariff Alfian Rosli telah pun melangsungkan perkahwinan sesama jantina atau lebih dikenali perkahwinan gay di Dublin, Ireland. Beberapa keping gambar turut disertakan sebagai bukti sekaligus menjadikan Ariff Alfian dan pasangannya yang hanya dikenali sebagai Jonathan, topik paling panas lagi berapi di Facebook.





Kecaman dan kutukan ditulis di sana sini apabila Ariff Alfian dengan bangganya mengenakan sepersalinan baju Melayu lengkap dengan tengkolok ketika meraikan hari perkahwinannya sedangkan berkahwin sesama jenis adalah dilarang keras di dalam Islam. Ariff Alfian merupakan rakyat Malaysia pertama yang berkahwin sesama jantina yang pernah dilaporkan setakat ini.


2. PERKAHWINAN NGEE BOO LIN VS PHINEAS NEWBORN





Paderi Gay Rakyat Malaysia Anjur Majlis Resepsi Di Kuala Lumpur (2 Gambar)

http://speakerpecah.blogspot.com


Seorang paderi gay rakyat Malaysia yang berkahwin secara songsang di New York pada tahun lalu, telah mengadakan majlis resepsi di Kuala Lumpur, kelmarin.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Paderi gay itu yang dikenali sebagai Ngeo Boon Lin dan pasangannya, Phineas Newborn III dilaporkan memenuhi janji mereka untuk mengadakan majlis tersebut di tempat kelahirannya di negara ini.

Menurut sumber, kira-kira 200 tetamu termasuk sekumpulan media berbahasa Cina menghadiri majlis tertutup itu yang diadakan di sebuah restoran makanan Cina, di sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Boon Lin yang berketurunan Cina dan menetap di Amerika Syarikat (AS) sejak 1998 dikritik pegawai dan pemimpin agama dari Malaysia apabila dia mengahwini Newborn yang merupakan seorang produser muzikal Broadway pada Ogos tahun lalu.

http://speakerpecah.blogspot.com


Boon Lin berkata, penganjuran majlis tersebut merupakan haknya untuk berkongsi kegembiraan dengan orang yang disayanginya di sini.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
”Kerajaan dan pemimpin agama konservatif boleh membuat bising tetapi mereka tidak dijemput di sini.

”Saya sedar mengenai perkara sensitif di sini. Saya tidak mendesak perkahwinan gay dibenarkan di Malaysia,” katanya

Para jemputan ke majlis resepsi tersebut dibawa ke sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur itu dan menerima bungkusan coklat serta nota dalam bahasa Cina bermaksud 'Tuhan sayang gay'.
sila lawat http://speakerpecah.blogspot.com
Dua tetamu majlis tersebut mendendangkan lagu popular Endless Love nyanyian Lionel Richie dan Diana Ross manakala seorang penghibur transgender memuji tindakan Boon Lin




GOLONGAN LESBIAN 

 

 

1. PERKAHWINAN JUSTIN DAN CHUA

Selasa, 2 Ogos 2011

PASANGAN LESBIAN PERTAMA DI MALAYSIA YANG KAHWIN



Apple dan Thomas ketika upacara minum teh China

Pasangan lesbian di Batu Pahat, Malaysia, yang telah menjalin perhubungan selama dua tahun akhirnya bernikah. Walaupun berita ini telah tersebar di seluruh Malaysia, namun keduanya menolak apabila diminta untuk memberi keterangan lebih lanjut.

Dipetik dari The Star, Isnin, 1 Ogos 2011, pasangan yang dikenali sebagai Thomas dan Apple ini mengadakan upacara minum teh khas China di kediaman mereka sekitar pukul 10 pagi pada Ahad, 31 Julai 2011. Thomas yang berusia 29 tahun ini melamar pasangannya yang dua tahun lebih muda darinya, Apple, dua bulan sebelum ini.

Pasangan berbahagia ini membangunkan sebuah laman Facebook khusus untuk menunjukkan kesungguhan cinta mereka. Dalam laman tersebut, terdapat sebuah album berjudul 'The Happiest Lesbian' yang berisi foto-foto pra-perkahwinan mereka. Thomas dan Apple juga menampilkan foto-foto dari resepsi pernikahan mereka sendiri di dalam laman tersebut.

Banyak pesanan yang diposting oleh teman-teman kedua mempelai dalam laman yang disukai lebih dari 656 pengguna Facebook itu. Seorang rakan bernama Wong Shally memberi ucapan selamat dan berharap dapat memiliki cinta seperti yang dimiliki Thomas-Apple. Rakan yang lain, Winny Chin, menggelar pasangan ini sebagai contoh bagi pasangan lain.

Tidak disebutkan dimana dan bagaimana keduanya melangsungkan pernikahan. Malaysia, negara majoriti Muslim, melarang dan menyatakan pernikahan sesama jenis sebagai tindakan salah disisi undang-undang. Pernikahan seperti ini tidak akan berdaftar dan tidak sah bagi pemerintah Malaysia.




No comments:

Post a Comment