Tiada undang-undang benarkan perkahwinan sejenis
Posted on March 23, 2012, Friday
KUALA
LUMPUR: Tiada peruntukan undang-undang atau mana-mana agama di Malaysia
yang membenarkan hubungan dan perkahwinan sejenis atau seks bebas, kata
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim.
Dalam
mengekang perlakuan sedemi-kian katanya, beberapa perundangan di-gubal
termasuk Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1997 yang mengandungi peruntukan Seksyen 21 (kesalahan pelacuran) dan
Seksyen 22 (kesalahan muncikari ‘ibu ayam’ atau ‘bapa ayam’).
Seksyen
25 (kesalahan liwat), Seksyen 26 (kesalahan musahaqah atau perhubu-ngan
sejenis sesama perempuan), Seksyen 28 (lelaki berlagak perempuan) dan
Sek-syen 29 (perbuatan tidak sopan di tempat awam) juga terdapat dalam
akta berkenaan, katanya semasa menjawab soalan Mohd Nizar Zakaria
(BN-Parit) pada Persida-ngan Dewan Rakyat semalam.
Mohd Nizar
bertanya mengenai lang-kah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam
menangani masalah homoseksual dan lesbian di kalangan umat Islam di
negara ini. — Bernama
AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997
Tarikh Persetujuan Diraja : | 27 Mac 1997 |
Tarikh diterbitkan dalam Warta : | 31 Mac 1997 |
Tarikh mula berkuatkuasa : | 1 April 1997 [P.U. (B) 103/1997] |
Mana-mana orang yang melakukan perbuatan sumbang mahram
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
1) Mana-mana orang perempuan yang melacurkan
dirinya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(2) Mana-mana orang yang-
(a) melacurkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya; atau
(b) menyebabkan atau membenarkan isterinya atau kanak-kanak perempuan dalam peliharaannya melacurkan diri,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak
melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman
itu.
Mana-mana orang yang bertindak sebagai
muncikari adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu
(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan
persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
(2) Mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang
lelaki yang bukan suaminya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak
melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana hukuman itu.
(3) Hakikat bahawa seorang perempuan hamil luar nikah akibat daripada
persetubuhan yang dilakukan dengan kerelaannya adalah keterangan prima facie tentang pelakuan kesalahan di bawah subseksyen (2) oleh orang perempuan itu.
(4) Bagi maksud subseksyen (3), mana-mana orang perempuan yang
melahirkan anak yang sempurna sifatnya dalam tempoh yang kurang daripada
enam bulan qamariah dari tarikh pernikahannya hendaklah disifatkan telah hamil luar nikah.
Mana-mana orang yang melakukan apa-apa
perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang lelaki yang melakukan liwat
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Mana-mana orang perempuan yang melakukan musahaqah
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau
dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.
Mana-mana-
(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya; atau
(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,
di mana-mana tempat yang terselindung atau
di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak
bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang lelaki yang memakai pakaian
perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam atas
tujuan tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang bertindak atau
berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan Hukum Syarak di mana-mana
tempat awam adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan
boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
No comments:
Post a Comment