KUALA
LUMPUR: Hanya kerana mahu memenuhi tuntutan nafsu dan naluri semasanya
selain dorongan teman lelaki yang kononnya sanggup berkongsi hidup
sepanjang hayat, seorang lelaki nekad membuang alat kelaminnya di
Thailand kira-kira 25 tahun lalu demi cinta terhadap kekasih
songsangnya.
KONGSI... Baby berkongsi sebahagian ceritanya dengan wartawan Metro Ahad.
Namun,
disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cinta
Mohd Qairun Abidin, 47 (bukan nama sebenar) tersekat di tengah jalan dan
kini dia mengalami kecelaruan jantina kerana tidak tahu apa akan
berlaku kepadanya, terutama bagaimana dia dikebumikan jika dijemput
ajal.
“Tiada kesudahannya. Selepas menanggung derita pembedahan demi kekasih, kita dikecewakan dan akhirnya hilang tujuan hidup yang boleh membuatkan kita hilang pedoman hingga cuba bertindak di luar batas agama kerana ingin bunuh diri.
“Tindakan melakukan pembedahan jantina biasanya berlaku akibat desakan naluri atau pihak ketiga kononnya kerana cinta, tetapi saya percaya dorongan pihak ketiga lebih kuat daripada naluri seseorang individu dan akhirnya individu itu akan menanggung derita sendirian,” katanya yang mengubah jantina melalui pembedahan.
Mohd Qairun atau dulunya dikenali sebagai Baby@Katie yang masih mempunyai nama lelaki pada kad pengenalannya mendakwa, pembedahan dilakukannya banyak mengubah cara hidupnya kerana membawa kebahagiaan, namun ia hanya bersifat sementara.
“Mungkin itu yang dikatakan kemewahan dan kesenangan dunia kerana saya akhirnya hanya memperoleh keseronokan sementara... betapa tidak, ketika itu saya menjadi pujaan ramai, malah memiliki teman lelaki yang berjanji sehidup semati.
“Namun bila kita sudah ‘berkedut’, semua janji tinggal janji dan akhirnya derita hidup ditanggung sendiri. Ketika itu segala sesalan tidak lagi berguna, kepada siapa kita hendak mengadu, kepada keluarga? Mereka juga dicerca masyarakat kerana tindakan saya. Akhirnya, kepada rakan ‘sealam’ juga saya kembali,” katanya.
Menceritakan keperitan hidup selepas menjadi ‘isteri’, Katie berkata, dia dan teman lelakinya tinggal sebumbung hampir 15 tahun dan sepanjang hidup bersama, kehidupan bersama seorang pengusaha restoran itu bahagia.
“Saya dibelikan kereta, dibawa berjalan ke luar negara dan diterima oleh sebahagian besar ahli keluarganya, malah dia menanggung pembedahan dan perbelanjaan harian saya.
“Memang ketika itu ada perkhidmatan pembedahan murah berhampiran sempadan Thailand iaitu di Hat Yai, tetapi ia disediakan secara haram.
“Kerana mahu pembedahan secara sah, saya terpaksa melakukannya di Bangkok, Thailand yang lebih murah berbanding di Singapura,” katanya.
Menurutnya, hampir setahun dia menderita akibat pembedahan, terutama ketika membuang air, namun semuanya diatasi dengan belaian dan kasih sayang diberi kaum sejenis hinggalah dia benar-benar pulih daripada kesan pembedahan.
“Ketika itu saya tidak menyesali tindakan membuang alat kelamin, malah bangga kerana mampu memiliki insan yang benar-benar menyayangi saya dan menjamin masa depan, namun kami masih menghadapi masalah untuk berkahwin akibat masalah dokumentasi dan konflik agama.
“Pernah kami cuba kahwin di luar negara tetapi dihalang keluarga, menyebabkan kami nekad untuk terus hidup bersama tanpa ikatan, namun panas yang disangka hingga ke petang tidak menjadi apabila teman lelaki mula beralih arah kepada orang lain yang juga pondan.
“Selepas 10 tahun kami bersama dan melakukan apa saja untuknya, saya ditinggalkan begitu saja, mengakibatkan saya terpaksa kembali bergelumang dalam dunia mak nyah jalanan untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, ‘kerjaya’ di lorong gelapnya tidak lama apabila dia mula beralih arah ke bidang lain, iaitu bidang perhotelan yang diteruskan sehingga sekarang.
“Mana tahan ketika itu, hampir setiap hari saya ditahan pihak berkuasa, namun ada ketikanya saya terlepas tindakan apabila mengaku sebagai wanita.
“Malah, ada anggota polis meminta maaf kepada saya kerana berkasar kerana menyangka saya wanita, namun ada kalanya saya tertangkap jika kad pengenalan saya diteliti,” katanya

Cinta songsang...Suami cintai manusia dua alam
KUALA
LUMPUR: “Saya tak kisah dan sanggup bermadu jika dia (suami) ada
hubungan gelap dengan wanita lain, tapi bukan dengan manusia dua alam
atau mak nyah. Sebagai wanita tulen, saya rasa terhina seolah-olah tidak
berupaya melayan suami,” kata seorang wanita.
Ibu tiga cahaya mata berusia lima hingga 12 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berkata, hatinya kini luluh lebih-lebih lagi mengetahui suami dikahwini sejak hampir 15 tahun lalu bersikap dingin terhadapnya kerana mempunyai hubungan sulit dengan mak nyah popular berasal dari Indonesia yang terkenal dengan jolokan ‘bencong’.
Hubungan terlarang itu terbongkar selepas dia menemui ratusan SMS mengandungi madah cinta dihantar bencong terbabit kepada suaminya sejak lebih tiga bulan lalu.
Menurutnya, pendedahan ini bukan bertujuan memalukan suaminya, sebalik mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap mak nyah warga asing yang mengambil kesempatan menggoda lelaki warga tempatan.
Lin berkata, suaminya yang bekerja sendiri mula berkelakuan pelik sejak tiga bulan lalu apabila kerap keluar malam dengan alasan mahu berjumpa rakan atau menguruskan perniagaan.
“Mulanya saya tidak curiga kerana kami sudah lama berkahwin, namun perangainya mula berubah apabila dia semakin jarang untuk ‘bersama’ saya.
“Malah, ada kalanya dia lebih selesa tidur di ruang tamu dan jarang berbual dengan saya dan anak-anak. Bila ditanya dia memberi alasan kepenatan, sakit badan dan macam-macam lagi.
“Sejak itu saya mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengannya, apatah lagi dia kerap kali menyembunyikan dua telefon bimbitnya daripada saya setiap kali ia berbunyi,” katanya.
Lin berkata, segala-galanya terbongkar apabila dia mendapatkan nombor telefon bimbit yang sering menghubungi suaminya dengan melakukan semakan pada bil diterima.
“Saya menghubungi satu nombor yang kerap tertera dalam bil berkenaan sebelum ia dijawab suara seakan-akan wanita. Apabila diajukan soalan, ‘wanita’ bersuara sedikit garau itu memperkenalkan diri sebagai Yuni. Namun, apabila ditanya lebih lanjut, dia yang bercakap dengan loghat Indonesia mematikan telefon.
“Saya yang masih tak berpuas hati menghantar SMS bertanyakan identiti dan hubungannya dengan suami saya, namun tidak dijawab. Berikutan itu, saya minta bantuan adik menyiasat dan mengekori suami setiap kali dia keluar rumah,” katanya.
Menurutnya, persoalan itu terjawab apabila adiknya mengintip pertemuan sulit suaminya dengan seorang pondan jelita yang berpeleseran di Lorong Haji Taib 2, di sini.
“Hasil maklumat mendapati lelaki lembut berusia 20-an itu warga Indonesia yang menjaja tubuh di kawasan berkenaan hampir setiap malam.
“Saya diberitahu, suami menghabiskan masa dengan minum dan berhibur dengan pondan terbabit di pusat dangdut berhampiran sebelum berasmara di bilik sewa pondan itu,” katanya.
Menurutnya, dia yang menjejaki pondan terbabit akhirnya mendapat maklumat lelaki lembut itu menjaja tubuh di kaki lima kawasan terbabit dengan bayaran RM50 sekali perkhidmatan.
“Saya tak dapat bayangkan apa yang ditawarkan pondan itu kepada suami saya, namun yakin ia menyebabkan suami saya ketagih. Saya dilayan seolah-olah tidak wujud padahal saya juga inginkan perhatiannya.
“Jika ikutkan hati mahu saja saya mengupah orang memukul pondan terbabit, namun bimbang ia akan lebih mengeruhkan rumah tangga kami. Apa yang saya tahu pondan warga asing hanya berminat pada wang dan bukan cinta,” katanya.

LUAHAN CINTA SEORANG GAY
KUALA LUMPUR: Umurnya sudah masuk kategori veteran,
berumah tangga selama 21 tahun dan anak sulung kini berusia 20 tahun,
namun itu semua belum mampu membebaskan seorang lelaki daripada
cengkaman naluri homoseksual.
Hanya mahu dikenali sebagai Razi, 46, bapa empat anak itu meluahkan kegelisahan dan dilema dialaminya kepada Metro Ahad dengan alasan dia kini menyedari tidak boleh lagi hidup berpura-pura sebagai lelaki normal.
Razi berkata, nafsu dan cinta sebenarnya bukan kepada isteri tetapi pada kekasihnya, iaitu seorang anak muda sama jantina dengannya yang dipanggil Edi selepas mereka menjalin hubungan sejak enam tahun lalu.
“Bukan kerana saya tak sayangkan isteri lagi tapi setiap kali menatap wajahnya, saya menyedari saya tidak lagi menyukainya sebagaimana ketika mula-mula berkahwin dulu. Cinta sebenar saya adalah kepada Edi.
“Sukar mengikis naluri yang terpendam dalam diri ini, saya lebih suka mendampingi lelaki. Saban hari saya hanya terkenangkan ‘kekasih’ saya,” katanya yang juga kakitangan kerajaan.
Razi juga mengakui perkahwinan dengan isterinya yang dilangsungkan 21 tahun lalu sebenarnya lebih bertujuan memenuhi kehendak keluarga dan pada masa sama diharap mampu menutup naluri songsang yang mencengkam dirinya sejak di bangku sekolah lagi.
Menurutnya, ketika di sekolah menengah dan menuntut di universiti, dia kerap memendam perasaan apabila jatuh hati kepada lelaki disukainya. Ia tidak pernah diluahkan kerana takut dipandang sinis dan dicerca oleh mereka.
“Saya juga cuba melawan keinginan songsang saya dan belajar mendekati wanita. Akhirnya saya bertemu seorang gadis ketika menuntut di universiti. Dia kini isteri saya.
“Sejak mula berkahwin, saya cuba mencintai dan menyukainya tetapi entah mengapa perasaan itu tidak mahu datang kepada saya. Walaupun kami kemudian dikurniakan anak sehingga empat orang, realitinya saya tidak pernah menyintai isteri sepenuh hati.
“Nafkah batin yang saya beri kepada isteri hanya semata-mata memenuhi tanggungjawab tanpa ada perasaan cinta. Hubungan kami mampu bertahan sehingga 21 tahun kerana dia memang setia dan benar-benar cintakan saya,” katanya.
Menurut Razi, selepas 15 tahun mendirikan rumah tangga dan mengawal gejolak nafsu songsangnya, pada 2001 dia tewas pada godaan apabila berkenalan dengan Edi yang ketika itu masih menuntut di sebuah universiti di Selangor.
Katanya, ibarat pasangan bercinta, mereka sering keluar setiap hujung minggu dan kerap juga bersama ke pusat peranginan terkenal di tanah air hingga seminggu lamanya.
“Isteri saya mengenali Edi tapi pada awalnya dia tidak mengesyaki apa-apa, malah dia menganggap Edi keluarga angkat kami, tapi tembelang pecah apabila ada rakan membuka rahsia hitam saya pada Jun lalu.
“Sejak itu kami sering bertengkar. Apabila didesak isteri, saya masih menafikan hubungan songsang saya dengan Edi. Bukan apa, saya sayang juga dengan rumah tangga kami yang bertahan 21 tahun. Lagipun, saya malu kalau anak tahu ayah mereka sebenarnya gay,” kata Razi.
Sejak hujung September lalu, Razi tidak lagi tinggal sebumbung bersama isteri kerana isterinya tidak mempercayainya lagi.
“Sejak berjauhan, timbul pula rasa rindu pada keluarga, terutama anak. Memang sepatutnya saya memilih keluarga daripada bersama Edi dan saya tahu apa yang saya lakukan salah serta bertentangan fitrah yang dituntut agama.
“Namun saya juga tidak mahu menipu diri sendiri dan hipokrit. Sukar membuang keinginan bersama Edi. Dalam masa sama, saya tidak mahu melukakan hati isteri. Paling penting anak, adakah mereka boleh terima semua ini?” katanya yang masih buntu membuat keputusan

No comments:
Post a Comment