Rayuan Seksualiti Merdeka gagal
PUTRAJAYA 19 Ogos - Penganjur program Seksualiti
Merdeka 2011 gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk
mendapatkan kebenaran bagi membatalkan keputusan polis yang mengharamkan
semua program dan acara Seksualiti Merdeka pada tahun itu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Clement Allan Skinner yang
bersidang bersama Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof dan Datuk David Wong Dak
Wah memutuskan demikian selepas menolak rayuan lima ahli jawatankuasa
program tersebut.
Perayu-perayu ialah Pang Khee Teik, 39; K.T. Angela Marianne, 49; S.
Thilaga, 26; Siti Zabedah Kasim, 50, dan Md. Nor Ismat Selamat, 30.
Kuorum berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi (Bahagian
Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 1 Mac tahun lalu yang menolak
permohonan semakan kehakiman mereka selepas membenarkan bantahan Peguam
Negara.
Mahkamah berpuas hati bahawa Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri
Khalid Abu Bakar ketika itu bertindak dalam bidang tugasnya sewaktu
mengharamkan penganjuran program tersebut bagi membolehkan siasatan
dilakukan terhadap laporan polis yang dibuat pelbagai pihak.
Panel tersebut berpendapat, Mahkamah Tinggi tidak tersalah arah
daripada segi undang-undang sewaktu menolak permohonan semakan kehakiman
mereka.
Dalam penghakiman itu, Hakim Datuk Rohana Yusuf berpendapat polis
berkuasa menghentikan program tersebut demi keselamatan negara
memandangkan sebanyak 28 laporan polis telah dibuat oleh kumpulan
penganut agama Islam, Kristian dan Buddha.
Pada 9 Disember 2011, perayu-perayu memfailkan permohonan tersebut
antaranya bagi memohon perintah untuk membatalkan serta-merta keputusan
polis yang dibuat pada malam 3 November 2011.
Mereka juga memohon perintah agar pihak responden mengemukakan semua
laporan polis yang dibuat berhubung penganjuran acara Seksualiti
Merdeka.
Mereka berkata, Khalid membuat keputusan itu berikutan salah faham
atau kejahilannya tentang satu fakta kukuh sedangkan acara berkenaan
tidak digunakan untuk melakukan kegiatan menyeleweng, yang boleh
mengakibatkan timbulnya keadaan tidak harmoni.
Selain Khalid, mereka menamakan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang
Wangi, Supritendan Nor Azman Mohd. Yusof dan Ketua Polis Negara
masing-masing sebagai responden pertama hingga ketiga.
Responden-responden diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul
Bolhassan manakala perayu-perayu oleh peguam Honey Tan Lay Ean.
Khalid pada tarikh tersebut telah mengisytiharkan pengharaman ke atas
semua program dan acara Seksualiti Merdeka dan perkara itu disiasat
mengikut Seksyen 27 A(1)(C) Akta Polis 1967 dan Seksyen 298 Kanun
Keseksaan.
Ini kerana undang-undang negara ini tidak mengiktiraf kegiatan
songsang yang boleh menghancurkan amalan kebebasan beragama selain boleh
mewujudkan permusuhan dan mengancam keselamatan negara.
Pengharaman tersebut menyebabkan lima ahli jawatankuasa program itu
memfailkan permohonan itu kerana mereka mendakwa tidak diberi peluang
untuk didengar dan memberikan pandangan sebelum keputusan dibuat.
Seksualiti Merdeka 2011. Kenapa Perlu Ada Pesta Sebegini Di Malaysia?
Dah terang-terang Pesta Seksualiti Merdeka
2011 ini amat bertentangan dengan norma budaya segenap lapisan
masyarakat yang wujud di Malaysia. Tanyalah rakyat Malaysia yang
beragama Islam, Buddha, Hindu bahkan Kristian sekalipun melarang
hubungan sejenis mahupun ‘kemerdekaan gender’ yang penganjur Pesta
Seksualiti Merdeka mahukan sekarang.
Semuanya sekarang nak rasa hidup bebas
tanpa sekatan dan pegangan agama. Tetapi ingatlah kalau nak juga hidup
dengan bebas tanpa sekatan akhirnya nanti pasti jadi hidangan. Tuhan
kalau nak laknat, bukan mereka-mereka yang menganjurkan ini mendapat
bahana, kami-kami yang disekitarnya turut akan “terkena tempiasnya”.
Apa sebenarnya halatuju Pesta Seksualiti Merdeka 2011 ini?
- Mengenegahkan hak golongan homoseksual agar boleh diterima dalam kalangan masyarakat negara sebagai suatu kebebasan dan hak peribadi.
- Menyokong dan memperkasa (empower) golongan lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT) kerana mereka mendakwa Malaysia mengamalkan diskriminasi ke atas golongan tersebut
- Program Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear yang berlangsung 1 November 2011 hingga 13 November 2011 di The Annaxe Gallery
Rupanya program Seksualiti Merdeka
2011 telah diadakan setiap tahun, bermula dari tahun 2008 lagi.
Maknanya, Pesta Seksualiti Merdeka dah masuk tahun keempat tahun
ini. Persoalannya sekarang, bagaimana program Seksualiti
Merdeka ”berjaya” mendapat kelulusan sebelum-sebelum ini? Sekarang baru
tak boleh? Adakah selama ini program tersebut tak cukup “panas’?
- Buatlah Program Seksualiti Merdeka ini sepuluh tahun sekali ka, setahun sekali ka
- Yang haram tetap haram
- Ia tetap tidak akan mengubah hukumNya hanya di atas nama “kebebasan”. Kebebasan yang ada, ada hadnya. Apatah lagi melanggar fitrah kejadian manusia.
Sepatutnya golongan ini memberikan
ruang untuk orang mengubati mereka. Ini tidak, mahu menambahkan lagi
masalah lain. Bukannya menerima perlanggaran undang-undang Islam sebagai
hak. Ini penyelesaian yang sebenarnya yang dimahukan rakyat
Malaysia. Nak tunggu bumi ini dilaknatNya, baru kita sebagai penghuninya
nak berpijak di bumi yang nyata?
- Kenapa nak canang satu Malaysia identiti mereka kepada umum?
- Beriya-iya nak beritahu mereka adalah gay/lesbian, kenapa?
- Katanya mereka sekarang dijajah, didikriminasi di Malaysia. Betulkah begitu? Atau mereka semua ini memberikan ruang dan peluang fikiran mereka dijajah oleh pemikiran ‘kuning’ budaya barat yang sebelum ini tidak pernah digembar-gemburkan di rantau Asia ini
Sedangkan sesama mereka pun ada yang tak setuju dengan Program Seksualiti Merdeka 2011 ini :
P/S : Macammanalah Majlis Peguam boleh menyokong Program Seksualiti Merdeka 2011 sedangkan masih banyak lagi isu moral di kalangan masyarakat yang boleh diketengahkan?
Puak Gay Malaysia Buka Gereja Gay?
Apalah nak jadi dengan negara Malaysia sekarang ini. Tak selesai masalah buang bayi, kes dera, pengedaran dadah, seks bebas, lambakan rumah urut, kes rasuah, judi dan pertaruhan dan macam-macam lagi, datang pula masalah lain. Sekarang ini pula, puak-puak gay Malaysia
ada rancangan nak menubuhkan gereja khas untuk mereka pula……Takkan
tunggu Malaysia ditimpa malapetalaka dan bencana baru nak menyesal?
Semasa satu-satunya paderi gay Malaysia
mengumumkan penubuhan gereja ‘gay’ atau ‘sesama jenis lelaki’ yang
pertama di negara ini, macam-macam kritikan dan bidasan yang
diterimanya. Ya…memang patut pun. Tetapi kalau dah perangai degil, susah
nak dengar cakap, memang tidak ke mana. Nama paderi ini, Ouyang Wen
Feng.
Dah kerajaan ambil sambil lewa, habis
dipijaknya undang-undang yang sedia ada, paderi Ouyang Wen Feng tidak
mengalah walaupun menghadapi tindakan kerajaan dan pemimpin agama untuk
mengagalkan rancangannya itu. Homoseksual adalah satu jenayah di Malaysia dan boleh dihukum sehingga 20 tahun di penjara.
Kalau sebelum ini, beliau dengan
puak-puak gay Malaysia hanya beroperasi secara senyap di pinggir Kuala
Lumpur. Bukan sekejap dah. Sudah tiga tahun lamanya. Sekarang ini,
mereka sudah berani mewarwarkan kepada umum. Apa motif beliau dan
geng-geng gay Malaysia bertindak sehingga begini? Tidak lain tidak
bukan……………….
- Tindakan Ouyang ini adalah hanya satu daripada tindakan beberapa pergerakkan yang berjuang untuk hak komuniti ‘gay’ di Malaysia ini dihormati
- Mereka cuba menggalakan lebih ramai orang menyertai gereja kami,- bagi masyarakat Kristian untuk ke depan dan hidup secara semula jadi.
Kalau sekarang ini dibenarkan gereja
khas untuk mereka, apakah selepas ini akan ada untuk lesbian pula.
Pengkid. Kononnya supaya nasib mereka lebih terbela. Ingat lagi kisah
Nabi Luth. Kisah ini sepatutnya menjadi pengajaran, bagaimana kemurkaan
Tuhan terhadap hambanya yang sudah jauh terpesong. Sejarah sudah
membuktikannya…..
Mungkin disebabkan terpengaruh dengan gereja untuk golongan gay yang telah dibina di beberapa buah negara di Barat seperti Amerika Syarikat. Biasalah nak jadi paderi gay pertama di Malaysia, macam-macam alasan supaya hasratnya tercapai.
Realitinya, yang jadi paderi ini
bukanlaa jenis lelaki yang benar-benar melalui kehidupan normal. Bukan
mudah nak hidup tanpa berkahwin, dan banyak pula antara mereka memang
tiada nafsu pada perempuan, koir budak lelaki di gereja pun suara amat
lembut sekali…ini berlaku sebab hormon lelaki yang rendah dan mereka
mereka ini pula yang menjadi pilihan menyanyi di gereja.
Kalau diikutkan sejarah pula, ada agama
menganggap homoseksual mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat
sebab mereka tidak mudah terpengaruh dengan perempuan tetapi dalam Islam
tiada istilah homoseksual, sebab Islam menganggap mereka sama sahaja
seperti manusia normal dan menggalakkan golongan tersebut berkahwin dan
melakukan perubahan dalam hidup mereka.
Yang jadi masalah di sini, apabila heboh satu Malaysia,
kemudian satu dunia tahu kewujudan komuniti besar gay di Malaysia
sehingga berjaya tertubuhnya gereja Gay sendiri, maka generasi akan
datang akan ramai mengikut, terpengaruh dan mengikuti komuniti mereka.
Dah masuk susah nak tinggal. Kerajaan Malaysia
sepatutnya lebih tegas dalam soal ini berdasarkan prinsip perlembagaan
dan undang-undang di Malaysia yang melarang hubungan sejenis dan juga
perkahwinan sejenis. Janganlah tindakan ibarat “suam-suam kuku” sahaja.
“Kemunculan golongan gay adalah ancaman besar kepada pertumbuhan populasi di Malaysia kelak”
Sebenarnya dengan membuat gereja khas
untuk mereka maka bebas untuk mereka nak buat apa pun. selepas itu,
ramai yang akan datang ke situ. Apabila dah ada kemudahan sebegini,
komuniti gay di Malaysia akan semakin bertambah dan berkembang.
Sedangkan, Majlis Gereja-Gereja Malaysia
melalui Setiausaha Agungnya, Dr. Hermen Shastri tidak menyenangi
tindakan Ouyang Wen Fang itu kerana ajaran agama Kristian sememangnya
tidak mengiktiraf golongan gay di Malaysia. Habistu yang kerajaan nak tunggu sampai bila mahu nak bertindak tegas?
Mengapa Seksualiti Merdeka Perlu dibantah
Oleh
Dr Zaharuddin Abd Rahman

Heboh
berkenaan ketidakpuasan hati penganjur seksualiti merdeka terhadap
tindakan polis ke atas mereka. Bantahan itu pula disokong oleh NGO-NGO
extremis liberal di Malaysia. Bagi saya, saya bersetuju dengan tindakan
Kerajaan, Polis dan jabatan Agama menghalang Seksualiti Merdeka. Saya
kira telah ramai para ustaz dan ustazah yang membawa hujah dari Al-Quran
dan hadis, maka maka melalui tulisan ringkas ini, saya ingin berkongsi
pandangan dengan membawakan beberapa hujah tambahan yang lebih bersifat
logika normal manusia, ini sebab bantahan saya terhadap program
tersebut:
1. Tuntutan dan kempen hak kemanusian untuk kebebasan seksual adalah terlalu self-centred dan selfishness
tanpa memikirkan kesan negatif kepada kehidupan kemasyarakatan, ahli
keluarga individu yang terlibat dan ahli komuniti. Kempen dan menuntut
hak kebebasan yang mudaratnya menceroboh hak orang lain dan menimbulkan
ketegangan majoriti ahli masyarakat PATUT DITEGAH, seperti hak kebebasan
untuk mencuri hak cipta orang lain, seks dengan anak sendiri, seks
dengan lembu dan binatang orang lain, kebebasan untuk menghina dan
mengutuk agama lain dan pelbagai sepertinya. Adakah ini yang
diperjuangkan oleh seksualiti merdeka? sehingga menjadi lebih rendah
dari binatang dan memperjuangkannya tanpa limitasi?
2.
Kita perlu tegaskan hak kemanusian dan kebebasan, sentiasa perlu diukur
dengan neraca Allah dan RasulNya, bukan dengan logik aqal yang semata,
justeru walau hebat mana sekalipun hujjah kebebasan manusia dan hak
asasinya, sebagai pendakwah dan ilmuwan islam kita mesti pertegaskan hal
ini sebagai guideline kita.
3.
Mempromosikan keinginan kebebasan seksual secara terbuka bukan dari
adab dan budaya bangsa masyarakat Malaysia, apabila ia dilakukan secara
kempen, justeru kita tidak boleh bersetuju.
4.
Kita bersetuju dengan kebebasan bersuara namun mestilah wujud limitasi
dan hadnya, begitu juga dengan hal kebebasan seksual ini.
5.
Islam juga mengawal kebebasan seksual kerana ingin menjaga keluhuran
keturunan dan kejelasannya, ia juga bersangkut paut dengan kelayakan hak
pusaka dan pengurusan perkahwinan agar tidak 'terkahwin' sesama adik
beradik sebapa atau seibu. Seksualiti mesti ditolak kerana ia bakal
mencacamarbakan keturunan manusiawi.
6.
Jika kebebasan memilih pasangan yang ingin diperjuangkan oleh penganjur
sehingga tidak mengapa lesbian dan gay, cuba bayangkan seluruh lelaki
dan wanita di dalam negara ini menjadi ‘lebsian’ dan ‘gay’, maka adalah
jika diandaikan berlaku di dalam large scale, adakah ia bakal
membawa sesuatu yang bermanfaat dan baik serta terpuji, hasil kerana
dari kebebasan itu? Jika baik, bagaimanakah kaedah untuk mendapatkan
anak di waktu itu?, adakah itu normal atau sebenarnya suatu penyakit ?
Jika penyakit wajarkah ia dikempen kepada ramai melalui program
besar-besaran sehingga boleh memudaratkan ?
7.
Adakah penganjur Seksualiti Merdeka juga akan MENERIMA ‘ROGOL’ SEBAGAI
HAK ASASI seseorang lelaki. Iaitu terpulang kepada dirinya bagaimana
ingin mengurus nafsunya seksualnya sama ada melalui perkahwinan yang sah
atau melalui merogol. Adakah ini mungkin termasuk dalam kempen
penganjur Seksualiti Merdeka? Sedarkah mereka?, sudah tentu boleh wujud
kumpulan perogol bersiri yang turut serta dalam kempen mereka atas kefahaman dan tafsiran mereka sendiri bahawa ia
termasuk di dalam hak asasi peribadinya, tanpa mengendahkan ia
menceroboh hak asasi mangsa. Dalam kes seks sejenis atau bebas, bukankah
ia juga menceroboh hak orang lain, iaitu ibubapa dan adik beradik atau
suami pasangan itu?.
8.
Jika penganjur seksualiti merdeka ingin sangat membuktikan kempennya
disokong oleh ramai dan membawa kebaikan, mereka patut dan MESTI
mengemukakan fakta hasil interview at least 30 % ibubapa Muslim & bukan Islam di Malaysia yang bersetuju anak, adik, ibu, bapa, abang mereka menjadi gay dan lesbian. Saya yakin majoriti keluarga tidak suka dan meredai anak mereka terjebak dengan runtunan syahwat bebas ini.
Sekian dan selamat berfikir
Dr Zaharuddin Abd Rahman
No comments:
Post a Comment